Friday 11 July 2014

Labah-Labah Redback

Hidup di bumi Australia.Labah-labah betina paling berbahaya dan mudah dikenali dengan satu garisan berwarna merah atau oren yang terang dibelakangnya.Mempunyai bisa yang telah membunuh beberapa orang penduduk di Australia.Bisanya menyebabkan kesakiatan yang amat sangat di tempat gigitan,,otot menjadi lemah,rasa mual atau muntah serta berpeluh dengan banyaknya. Mempunyai bisa yang mampu menyerang saraf manusia serta boleh menyebabkan sawan serta merta jika tidak dirawat segera.Dilaporkan hampir 250 kes gigitan dilaporkan di Australia setiap tahun ,namun kewujudan anti venomnya mengurangkan risiko kematian sekarang,namun ada yang menyatakan lebih banyak kes yang turut tidak dilaporkan.

via: wikipedia



Labah- labah Tree Dwelling Funnel Web


Juga berasal dari Australia,terutama disebelah timur.Labah-labah jantan merupakan paling berbisa.Dengan warnanya yang biasa untuk labah-labah,kelabu kehitam-hitaman,labah-labah ini sangat agresif dan menyerang apabila merasakan dirinya terancam.Bisanya boleh menyebabkan rasa terbakar yang kuat,berpeluh,serta saraf terganggu.Di laporkan banyak kematian sebelum anti venom dihasilkan.banyak haiwan dikatakan mampu bertahan dengan bisanya namun ,sangat berkesan terhadap manusia sehingga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.Jika anda digigit oleh labah-labah jantan,cepat-cepatlah mendapatkan rawatan kerana,bisanya 5 kali ganda dari labah-labah betina !
via:carnivora forum





Labah-labah Brazilian Wandering

Berasal dari hutan Amerika Selatan.Walaupun sering dijumpai di lantai hutan ,ia turut menghuni di dalam rumah!Merupakan labah-labah yang agresif apabila merasakan dirinya terancam.Mendapat jolokan labah-labah pisang kerana paling mudah ditemui pada pokok pisang.Namun anda perlu berhati-hati kerana labah-labah ini merupakan labah-labah paling beracun di Amerika Selatan.Percaya tak gigitan atau suntikan bisa dari taringnya sebanyak 0.006mg boleh menyebabkan kematian.Labah-labah ini mempunyai venom neorontoksin,iaitu mampu menyerang saraf manusia yang meyebabkan kesakitan yang amat kuat.
via: GROS






Labah-labah Brown Recluse.

Merupakan sejenis labah-labah yang berbahaya.Pada peringkat awal gigitannya tidak disedari,namun selang beberapa jam kemudian bintik merah akan muncul pada tempat gigitan.Jika tidak dirawat bisanya boleh menyebabkan lapisan kulit seolah olah cair atau terbakar dan semakin merebak.Ianya sukar dirawat terutama jika banyak lapisan kulit yang sudah rosak teruk.Labah-labah yang berasal dari benua Amerika ini sebenarnya sangat kecil.serta diberi nama labah-labah biola oleh kerana bentuk badanya seperti biola.Ramai yang menemui ajal akibat labah-labah ini kerana gagal mendapatkan rawatan awal serta kesan gigitan yang dijangkiti kuman.
via:GROS






Black Widow.

Rasanya labah-labah ini sudah dikenali ramai.Berasal dari benua Amerika ,gigitan dari labah-labah betina boleh membunuh manusia.Labah-labah betina selepas mengawan dengan labah-labah jantan akan membunuh pasanganya .Di badannya terdapat tanda merah seolah-olah jam waktu pasir.Gigitanya selalunya tidak disedari,namun dua tanda merah akan muncul,selepas gigitan,mangsa akan mengalami kekejangan otot,demam,sesak nafas,muntah-muntah,meningkatkan tekanan darah serta berpeluh tanpa henti.tanpa rawatan awal boleh menyebabkan kematian
via:wikipedia
- See more at: http://www.lovehijau.com/2011/04/5-labah-labah-paling-berbahaya-di-dunia.html#sthash.KimYXZVJ.dpuf

No comments:

Post a Comment